PROGRAM SEJATI MADANI

 

 

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2025

 

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI 2025

Program Sekolah Angkat MADANI 2025 adalah inisiatif strategik kerajaan Malaysia di bawah dasar MADANI yang melibatkan agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memperkasakan sekolah terpilih melalui penambahbaikan infrastruktur fizikal dan digital, program bimbingan akademik dan profesionalisme guru, serta pembangunan sahsiah murid, dengan matlamat membina generasi muda yang holistik dan berdaya saing melalui kerjasama seluruh negara (whole-of-government). Inisiatif ini melangkaui CSR biasa dengan fokus mendalam pada peningkatan kualiti pembelajaran dan kemudahan sekolah, termasuk naik taraf makmal, pusat sumber, dan penyediaan aset digital seperti tablet, serta program STEM dan literasi digital. Sekolah Kebangsaan Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan telah terpilih bagi mendapat manfaat daripada program ini serta diletakkan di bawah tanggungjawab pelaksanaannya oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

 

 

PROGRAM IPT FOR SOCIETY@Keluarga Malaysia (UNiTY)

 

IPT for Society@Keluarga Malaysia telah tercetus pada ucapan Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022 pada 17 Januari 2022. Melalui strategi yang kelima iaitu “Memacu Kesejahteraan Komuniti” pula, saya mengharapkan agar kita dapat menggunakan bidang kepakaran IPT kita untuk membangunkan masyarakat setempat UA berdasarkan kepada pendekatan inovasi sosial. Melalui inisiatif yang saya namakan program ‘University for Society@Keluarga Malaysia atau UNiTY’ ini, setiap UA boleh memilih komuniti angkat di lokaliti tertentu dan membangunkan mereka mengikut bidang kepakaran atau tujahan masing-masing. Sebagai contoh Universiti Malaysia Kelantan (UMK), boleh menjalankan program pembangunan keusahawanan di komuniti terpilih di Kelantan dengan membimbing mereka sehingga berjaya dalam bidang keusahawanan tertentu. Selaras dengan tema amanat YBM KPT tahun 2022, iaitu “Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan”, terdapat tujuh (7) strategi utama ini adalah fokus kelima iaitu memacu kesejahteraan komuniti. Setiap UA boleh memilih komuniti angkat di lokaliti tertentu dan membangunkan mereka mengikut bidang kepakaran atau tujahan masing-masing. Tiga gabungan nilai dan ciri Keluarga Malaysia yang terdiri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.